Khamis, 27 Mac 2008

PRA KATA



Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah rahmat serta izinnya jua dapatlah pihak sekolah mengungkayahkan Blogspot Sekolah Ugama Anak-Anak Pasukan Polis Diraja Brunei..

Adapun tujuan Blogspot ini dibuat semata-mata untuk dijadikan sebagai bahan rujukan yang dengannya dapatlah dijadikan sukat-sukat untuk peningkatan, pembaikan, penambahan serta menimbulkan beberapa idea atau cadangan yang lebih baik dalam proses menyediakan penyusunan pentadbiran dan skim pelaksanaan persekolahan bagi tahun yang akan mendatang.

Dengan bertawakal serta iringan doa dan kerjasama warga sekolah, Insya Allah Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Diraja Brunei akan dapat beroperasi seperti mana selayaknya sebuah institusi pendidikan yang dihasratkan dan mudah-mudahan akan melahirkan dan mendidik anak bangsa yang kukuh dan mantap dalam berpegang dan mengamalkan ajaran agama untuk selamanya.

Dalam usaha merealisasikan Blogspot ini tidak dinafikan terdapatnya sebarang kekurangan dan kedaifan dan tidak kurang juga mungkin terdapatnya beberapa perkara yang tidak termuatkan melalui Blogspot ini bukanlah disenghajakan. Dan Insya-Allah  dalam mengemaskinikan Blogspot Sekolah  dimasa-masa akan datang ianya akan lebih baik lagi dengan adanya penyusunan stuktur serta tugas dan tanggungjawab serta skim pelaksanaan persekolahan yang telah dikemaskinikan, Sekian.