Sabtu, 25 September 2010 - Seramai 32 orang penuntut Darjah VI Sekolah Ugama Anak-Anak Pasukan Polis Diraja Brunei yang terdiri daripada 21 orang lelaki dan 11 orang perempuan hari ini diraikan di Majlis Khatam al-Quran yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, Gadong.
Pemangku Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam DCP Dato Paduka Haji Awang Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Khatam Al-Quran penuntut-penuntut Darjah VI Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Diraja Brunei. |
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam DCP Dato Paduka Haji Awang Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu. Majlis dimulai dengan bacaan surah al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.
Majlis Khatam al-Quran diadakan bertujuan untuk memberi galakan dan motivasi kepada penuntut-penuntut agar mereka terus mempraktik bacaan al-Quran sebagai amalan harian seperti yang dituntut oleh agama Islam kerana majlis yang diadakan pada hari ini bukanlah tanda noktah atau masa untuk untuk berhenti membaca al-Quran kerana siapa yang membaca al-Quran sehingga khatam berkali-kali itu adalah lebih baik dan besar ganjaran pahalanya dari Allah Subhanahu Wata'ala.
Penuntut-Penuntut Darjah VI Sekolah Ugama Anak-Anak Pasukan Polis Diraja Brunei yang mengikuti Majlis Khatam al-Quran yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis. |